SUNTIKAN RADIOFREKUENSI BAGI MENGURANGKAN SAKIT BELAKANG: PERLU ATAU TIDAK? Oleh: Fitri A Bakar

Rasa sakit belakang yang berpanjangan boleh mengganggu aktiviti harian. Ia menyukarkan seseorang melakukan segala aktiviti yang mereka perlu lakukan, seperti bekerja, mengemas rumah dan mengurus anak. Melakukan semua tanggungjawab itu sambil mengurus rasa sakit tersebut amatlah tidak mudah dan jika ia berlaku pada jangka waktu yang panjang, ia akan mendatangkan tekanan bukan sahaja pada tubuh malah turut menganggu emosi.

Selain itu, bagi seseorang yang aktif bersukan pula, tentunya rasa sakit belakang akan menyukarkan mereka menikmati aktiviti sukannya. Mana tidaknya, jika asyik terasa sakit ketika bersukan, risau semakin teruk pula keadaannya.

Berdasarkan kajian umum, hampir setiap manusia di dunia ini pernah merasai sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Apabila meneliti kajian-kajian di Malaysia pula, didapati antara 10% atau 63% daripada responden mereka mempunyai sakit belakang. Justeru, cara-cara mengawal sakit belakang ini amatlah perlu diambil perhatian setiap orang, dan cara-cara itu ada banyak. Jika anda bertemu dengan doktor, selain diberikan ubat tahan sakit dan saranan fisioterapi, ada kemungkinan anda juga akan diperkenalkan tentang suntikan radiofrekuensi. Tahu apa itu teknik suntikan radiofrekuensi?

Secara ringkasnya, teknik suntikan radiofrekuensi ini mengaplikasikan arus elektrik yang dihasilkan gelombang radio untuk memanaskan kawasan tisu saraf dan menghentikan isyarat sakit di kawasan tersebut. Ia mengunakan suatu bentuk jarum khas yang dipanggil elektrod yang diiringi kanula bagi membantu mengalirkan arus itu.

Untuk siapakah suntikan radiofrekuensi ini disarankan? Sekiranya anda sedang mengalami sekurang-kurangnya salah satu keadaan di bawah. Barangkali, teknik suntikan radiofrekuensi ini sangat sesuai untuk anda.

  • Pengambilan ubat tahan sakit yang berpanjangan disebabkan rasa sakit yang terlalu kerap
  • Mendapatkan khidmat fisioterapi sekurang-kurangnya 6 bulan, tetapi masih rasa sakit
  • Menggunakan alat-alat perubatan seperti TENS, Traction atau terapi ultrasound, tetapi rasa sakit masih sangat mengganggu

Anda mungkin sedang berkira-kira tentang kos melakukan prosedur tersebut ketika ini. Ia tidak salah, malah ia sangat difahami. Suntikan radiofrekuensi ini memerlukan daripada doktor pakar, maka kos untuk melakukan prosedur ini mungkin sedikit mengejutkan anda. Ia juga memerlukan tenaga kerja para staf hospital dari dewan bedah termasuk pakar anaestesiologi (pakar bius) bagi memastikan prosedur berjalan lancar. Namun, sekiranya anda merupakan pemegang kad insurans perubatan dan perlindungan perubatan tersebut mampu menampung kos prosedur, maka isu kos tidak perlu lagi anda risaukan. 

Selain kos, anda juga mungkin berkira-kira tentang kesan selepas suntikan radiofrekuensi. Setiap rawatan tidak semestinya menjanjikan pemulihan yang sempurna. Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian klinikal, prosedur ini hampir menjanjikan pemulihan segera dengan kadar kejayaan setinggi 80% hingga 90%. Ia tidak setinggi beberapa jenis prosedur yang hampir sama dengan teknik radiofrekuensi ini seperti IDET dan Intradiscal Laser Disc Decompression yang hanya memberi kejayaan sekitar 50% hingg 60%.

Selain itu, prosedur suntikan radiofrekuensi ini juga terus menyasarkan pada kawasan yang menyebabkan kesakitan seperti bahagian sendi tanpa perlu menjalani pembedahan besar yang meninggalkan komplikasi dan berisiko lebih tinggi. Disebabkan risikonya yang sangat rendah, keberkesanan yang lebih tinggi, dan tempoh pemulihan yang singkat, teknik ini sangat terkenal dan terlalu sering dilakukan pakar-pakar ortopedik di luar negara termasuklah Singapura.

Jika anda masih mempunyai sebarang persoalan, anda boleh hubungi Veeroesmed di talian whatsapp +6011-1051 5646. Wakil Veeroesmed akan segera membantu merungkai persoalan anda dan membantu untuk bebas dari rasa sakit.

Scroll to Top