KENALI VEEROESMED
Veeroesmed Bangkit Sesudah Sakit
Setiap manusia pernah merasai kesakitan. Begitu juga kami, sebelum lahirnya VeeroesMed.
Veeroesmed dilahirkan semula setelah bertahun-tahun dalam kelesuan dan kesakitan; kehilangan modal bernilai jutaan ringgit, dimanipulasi individu yang tidak bertanggungjawab, hampa dengan siri perniagaan yang tidak menguntungkan, dan banyak lagi! Sememangnya ia adalah masa yang sukar bagi kami.
Namun, dengan berpegang pada kata “gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya”, kami tidak pernah putus harapan. Sebaliknya, kami berusaha untuk tetap maju dan bangkit.
Kini, dalam kepesatan teknologi perubatan, kami terus memanfaatkan pengetahuan terkini mengenai pelbagai alat perubatan, bertujuan untuk mengatasi kesakitan. Dengan pendekatan yang sistematik, kami berjaya bangkit dari kesakitan lampau lalu bertekad menghulurkan tangan demi meringkan penderitaan orang lain. Kami percaya, teknologi perubatan sememangnya mempunyai masa depan yang gemilang dalam membantu masyarakat mengurus kesakitan yang mereka alami.
Begitulah VeeroesMed bangkit setelah sakit. Percayalah, bersama dengan kami, anda juga mampu sembuh!