Pada 11 Jun baru-baru ini, VeeroesMed telah Berjaya menganjurkan webinar bersama staf dewan bedah, KPJ Seremban berkenaan dengan keselamatan laser di dalam ‘laser discectomy’. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang hadir pada webinar tersebut kerana meluangkan masa bersama kami dalam perkongsian yang penuh dengan maklumat berkenaan laser.
Kami menjemput dua penceramah untuk membuat perkongsian dalam webinar ini. Slot pertama telah dikongsikan oleh En Megat, Senior Medical Representative berkenaan dengan ‘Pengenalan kepada Laser & Klasifikasi Risiko’. Slot kedua pula kami menjemput En Fitri yang sudah berpengalaman dalam penyelidikan peranti perubatan lebih dari dua tahun untuk membuat perkongsian tentang ‘Bahaya Laser & Amaran Keselamatan’.
Kami mengucapkan sepenuh penghargaan kepada semua pihak dalam menjayakan webinar sulung kami ini. Secara khusus kepada KPJ Seremban kerana memberi peluang untuk kami menganjurkan webinar bersama staf dewan bedah.